Bila
ujian datang melanda, tandanya Allah mahu kita kembali mendekatinya.
Sejak dari tahun lepas satu persatu, masalah kesihatan melanda bila mana
saya disahkan mengalami allergik dengan makanan tertentu seperti tepung
gandum, daging, yis serta makanan laut. Sejak itu, pilihan makanan
untuk saya menjadi sangat terbatas. Saya hanya boleh mengambil nasi,
ayam dan ikan serta sayuran. Bila asyik mengambil nasi pagi dan petang,
tanpa saya sedari kadar gula di dalam darah meningkat. Saya memang
sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan kadar gula
sentiasa dalam keadaan yang normal.
Oleh
kerana pengambilan sepinggan nasi menyamai 12 sudu besar gula, tanpa
kita sedari kita telah mengambil makanan yang mengandungi gula
tersembunyi yang banyak. Saya membuat sedikit research dan menanyakan
kawan kawan berkenaan makanan yang boleh diambil. Sahabat saya, Dr
Sabariah memberikan senarai makanan serta mencadangkan supaya mengambil
jus peria yang mengandungi kadar insulin semulajadi yang tinggi. Oleh
kerana jus peria tentunya pahit, jadi saya kisarkan sekali 1 biji buah
epal dan 6 inci batang celeri bersama sedikit air sejuk.
Kalau ada sesiapa yang mengalami masalah kadar gula dalam darah yang tinggi, bolehlah mencuba jus ini.