Rendang Ayam Yang Sedap dan Tahan Lama
Sebelum
masuk bab resepi, hari ini saya sangat terkejut apabila mendapat mesej
dari anak anak tentang ikan koi Jepun yang dibela sejak kecil lagi telah
diserang oleh makhluk apa pun tak pasti. 9 ekor kesemuanya. Ada yang
hilang sebahagian kepala, ada yang hilang ekor dsb. Walaupun berulang
kali saya mengucap kalimah Istirja' Inna lillahi wa inna ilaihiroji'un
namun saya tidak dapat menahan sebak apabila setiba di rumah. Saya
menangis kesedihan. Serasa sangat trajis kematian ikan ikan kesayangan
saya itu. Mudah mudahan saya diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi
musibah ini. Gantikan lah dengan yang lagi baik, Ya Allah. Ameen.
Ini adalah resepi Rendang Ayam yang saya sediakan sebaik balik dari pejabat hari Jumaat yang lalu. Setelah berhari hari tak menjamah nasi, teringinlah pula untuk meratah ayam dengan sedikit nasi. Namun segalanya tak seperti yang diinginkan bila badan badan tiba tiba merasa seram sejuk dan berpeluh seperti hendak pengsan. Agaknya terlalu lama saya berdiri menyiapkan bahan bahan dan saya pulak agak keletihan. Jadi masa makan pun, saya gagahkan sebab mahu makan bersama suami dan anak anak. Memang sungguh tak berselera bila badan tak sihat.

Resepi
di bawah adalah untuk 2 ekor ayam walaupun saya memasak hanya untuk
seekor ayam sahaja. Senang untuk masak masa raya nanti kalau resepi
untuk 2 ekor ayam terus. Rendang ini lebih sedap dikacau lama lama
dengan api kecil sehingga berwarna gelap. Oleh kerana bahan bahan
dihiris dan ditumis terlebih dahulu, rendang ini sangat tahan lama dan
lambat basi.
Rendang Ayam
Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap
Cara cara:
Panaskan
minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai
sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas
yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.
Masukkan
ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair
bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan
dan masak dengan api perlahan sahaja.
Akhir
sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa.
Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan
daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.
Nota:
Setelah
ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan
perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya
berwarna agak gelap.