Nasi Ayam Hainan yang saya masak hari
ini sangat sedap, nasinya sangat enak, ayam pulak sangat lembut. Boleh
katakan semuanya sedap, sedap, sedap jer.
NASI AYAM HAINAN
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
kosher salt
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil
UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt
UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam
UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun
CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok
kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang
kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan
batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar
dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan
api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api
bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di
bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.
2. Selepas ayam masak, tutup api,
keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan
menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya
rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air
rebusan untuk kegunaan lain.
3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang
direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang
putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam
2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam
dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun
pandan.
4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam
dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame. Potong
ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum
melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong
5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.
Hidangkan nasi ayam dengan sos cili,
dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam
dan sedikit atas nasi.
antara bahan diperlukan |
gosokkan ayam dengan garam di bahagian luar dan dalam |
masukkan halia dan daun bawang ke dalam ayam |
rebus hingga menggelegak dan kemudiannya api diperlahankan |
setelah masak rendam ayam dalam air ais |
potong ayam sebelum dilumur sos ayam |
lumur sos ayam sebelum dihidangkan |
minyak dari lemak ayam diguna untuk menumis bawang putih dan halia |
goreng beras sebelum dimasukkan minyak bijan dan garam |
bahan untuk dibuat sos cili |
sos cili yang sudah siap |
sos ayam. sos cili dan sayuran |
siap untuk dinikmati ... silakan |
HAINAN CHICKEN RICE -
PATYSKITACHEN WAY..... As Salam...saya masukkan entry Hainan Chicken
Rice di FB saya jadi ramai teman-teman bertanyakan resipinya jadi saya
masukkan di sini cara memasak nasi ayamnya...ayam panggangnya, sos
cilinya dan sos kicapnya. Harap resipi ini dapat membantu...dan pada
yang berminat membuat Hainan Nasi Ayam harus ingat jangan campur adukkan
method Hainan dan Melayu. Saya dapati kebanyakan kedai-kedai jualan
Nasi Ayam..Nasi Ayamnya dimasukkan kulit Kayu Manis dan rempah ratus..so
bila kita buat begini keaslian Nasi Ayam ini sudah hilang... Cuba
resipi ini insyallah..pasti yang akan minta lagi..it's awesome and
yummy... PrintPRINT SaveSAVE Hainan Chicken Rice Untuk Ayamnya 1 ekor
ayam 4 ulas bawang putih di tumbuk kasar 1-inch halia dibuang kulit dan
hiris halus Perap: 3 sdb kicap cair 1 1/2 sdb madu 1/2 sdt Chinese
five-spice powder 1/2 sdt minyak bijan 1/4sdt garam 3 sdt serbuk lada
putih (lada sulah) Untuk Kulit: 1 tablespoon Chinese rice vinegar (clear
in color) 1/2 teaspoon honey Caranya Bersihkan ayam dan lap keringkan.
Satukan bahan perap dan ratakan atas ayam. Masukkan bawang putih dan
halia dicelah-celah ayam dan kemudian masukkan ke dalam bag ziploc.
Masukkan bahan perap dalam bag ayam tadi dan perap semalaman. Boleh
balik-balikan plastic untuk pastikan semua bahan sama rata. Keesokan
paginya ambil bahan sapuan, keluarkan ayam dari plastic dan buang bawang
putih dan halia. Masakkan air panas dan mandikan ayam tadi dengan air
panas. Lap dan keringkan ayam. Biasanya digantung macam di kedai nasi
ayam biarkan lebih kurang 3 jam. Panaskan oven 400 F. Masukkan roasting
pan dan bakar ayam selama 15 minit dan balikkan panggang lagi sehingga
ke kuningan. Untuk Nasinya 4 cawan beras panjang 5 bii bawang putih 1'
halia 1/2 pati ayam 4 cawan air rebusan tulang ayam 2 helai daun pandan
garam secukup rasa 2 sdb mentega Cara Membuatnya Basuh beras dan
ketepikan Panaskan mentega dan masukkan daun pandan. Tumis bahan tumbuk
(halia dan bawang putih)...tumis sehingga naik baunya. Masukkan air stok
ayam dan sedikit chicken stok maggi dan garam Masak sehingga nasi
masak. Untuk Membuat Sambalnya 11 bii cili merah 7 biji cili padi 3 ulas
bawang putih 1/2 inci halia 5 biji limau kasturi garam dan gula secukup
rasa Blend semua bahan sehingga halus dan pastikan rasanya cukup dengan
garam, masam dan manisnya Untuk Membuat Sos Halia 75 g halia 3 ulas
bawang putih 3 bii limau kasturi garam secukup rasa 5 tbsp chicken stock
Blend semua bahan dan pastikan secukup rasa Untuk Membuat sos kicapnya 5
sdb sos tiram 5 sdb kicap cair 5 sdb kicap pekat air stok ayam... 3 sdb
minyak bijan 3 sdb minyak bawang putih..... cmpurkan semua bahan...
Untuk supnya Air rebusan ayam..Saya gunakan tulang ayam..melainkan kalau
nak buat ayam secara steam..saya rebus ayam. pati stok ayam.... garam
secukup rasa. Untuk menghidangnya nasi... timun dibuang kulit dan
dihiris salad buah tomato.. letakkan ayam curahkan sos kicap dan hidang
bersama sos halia, sos cili dan sup...
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win