Resepi Pak Rudy

Respi Ayam Buttermilk

Bahan-Bahan untuk Goreng Ayam:
*Sila anggarkan sendiri kuantiti bahan bergantung kepada saiz hidangan anda*

Bahan Perapan untuk menggoreng ayam:
Garam, kunyit, serbuk kari ayam dan daging, gandum
- Gaul sebati

Masukkan ayam yang dipotong kecik dan gaul dengan bahan perapan kat atas tadi.
- Goreng sehingga separuh masak.

Ni yang dah siap goreng 


Bahan Kuah dan Caranya:

Sila semak sendiri apa ayu masukkan.
*Ayu gantikan susu cair dengan susu pekat manis. Suka-suka hati kan...
* Marjerin takder, ayu gantikan dengan minyak masak (untuk menumis)

Cheesedale 2 keping jer, nanti lemak sangat takut muak sangat pulak.

*Nampak tak daun kari kering tu? Hahhah sadis betul. Nasib baik adooooo.
Ni stok nak campak dalam tong sampah dah ni sebenarnya.

Cara:
Hiris bawang merang, bawang putih dan cili padi.
Kalau nak lagi pedas, tambah lagi banyak.

Ayu masak takleh pedas, sebab tekak anak didahulukan.
Masak sekarang pun, cili padi ayu letak sebijik-sebijik macam tu jer.
Nak makan sila gigit atau hancurkan dalam pinggan sendiri.
Hariz tak tahan pedas langsung :(

Tumis bahan dihiris tadi + daun kari sampai bau wangi.



Masukkan susu, air dan cheese.
Kalau nak berkuah, lebihkan air, vice versa.
Ayu lebihkan kuah, sebab dania suka makan berkuah.
Dan kalau panaskan pun still berkuah 

Masukkan ayam. Masak dengan api perlahan sehingga masak. 

Sedia untuk dihidangkan.