Resepi Pak Rudy

DIY Makanan Basah Kucing Yang Sedap Berkhasiat

Bahan-bahan Buat Makanan Kucing

  • Ikan tongkol seekor atau 1 kilo ikan kembung/sardin/mabong atau apa saja ikan yang sesuai.
  • 2 batang lobak merah. Kalau besar, guna sebarang pun cukup Bayam. Saya guna brokoli sebab tak ada bayam
  • Setengah peket agar-agar serbuk + 400ml air
makanan kucing

  • Rebus ikan dan keluarkan. 
  • Rebus lobak merah dan brokoli di dalam air rebusan ikan tersebut. 
  • Boleh juga direbus semua bahan ini serentak. Tak ada masalah nak asing-asing atau nak rebus sekali serentak.
  • Ambil isi ikan sahaja ( sebab itulah saya gunakan ikan tongkol…tak perlu nak asingkan banyak tulang ). Campur isi ikan, lobak merah dan brokoli dan kisar  gunakan air rebusan tersebut.
cara buat makanan kucing

homemade cat wet food

  •  Dalam periuk, masak agar-agar sehingga mendidih.
  • Masukkan semua bahan yang telah kita kisar ke dalam periuk yang mengandungi agar-agar. Masak sehingga mendidih. 
  • Lepas dah mendidih, tutup api. 
  • Cedok dan masukkan ke dalam bekas untuk disimpan. 
  • Saya guna bekas dadih yang pernah digunakan. 
  • Bekas plastik macam ni selalunya dikumpul,
Untuk sekali makan, keluarkan satu bekas makanan kucing dari peti sejuk. Kalau terlalu sejuk, saya hangat semula dalam microwave lebih kurang 10 saat.

Wetfood yang buat sendiri di rumah lebih menjimatkan.  Biasanya wetfood yang dijual saiz 85gm berharga lebih kurang RM1.40 sepeket.  Ramai juga vet yang  tidak mengalakkan kucing diberi wetfood yang dibeli.
Senangkan cara nak buat makanan kucing sendiri di rumah? Boleh juga gantikan ikan dengan organ dalaman ayam ( hati, pedal, jantung dan hempedu  bolehlah buat makanan kucing nanti.